Mr. Hulk & Mrs. Hulk

Daisypath Friendship tickers

Selasa, 20 Disember 2011

Novel.....SEPUPUKU SUAMIKU....

Salam smua.....


Hari nie aku nak cerita pasal novel plak...
Baru2 nie aku ader baca sbuah novel tajuk dia mmg best lah kalau dengar...
"SEPUPUKU....SUAMIKU..." (tq zura sb pinjam kan novel ko pada aku...mmg terbaik lah jln citer dia...)
Kalau korg dengar cam pelik jer kan tajuk dia...lum baca lg kan...
Mmg best sgt2 citer nie....dr fist aku baca novel nie...aku rasa cm boring jer...
Tapi lama2 baca novel nie...aku rasa syg plak nak lepas kn...
Ya lah masa baca tu boring lh sikit....pas tu baca lagi kelakar...
Baca lg jer cm feeling love lah plak...baca lagi dugaan hidup umah tangga plak...
Baca lagi jodoh dia mmg kuat lah...

Sampai kan Mr. hulk sy pun siap pinjam nak tahu syok sgt ker citer dia smp kan aku nie syg sgt nak lepas kan baca novel tu...
Aku nie kalau dah baca sebuah novel y best...mmg tk leh lps kn punya lah...
Alamatnya 1 keja pun tak buat...tapi aku slalu baca time smua keja rumah aku siap...
Maklum lah tak nk digangu time tgh syok membaca kan...
Kalau korg rasa nak try atau nak baca novel nie...
Aku saran kan korg standby tisu yek time last2 novel tu...mmg sedih sgt2...
Ok lah nie serba sedikit sinopsis novel tu yek...

~Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau dah cinta,anjing dengan kucing pun boleh hidup bersama. Nana dan Hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi mereka masih mampu hidup bahagia. Cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi.

Tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti-henti melanda. Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka.

Si kekasih datang menuntut janji. Nana tak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah.

Bagi Hisyam pula,andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang mengganggu. Tidak goyah walau sedikit pun cintanya buat si isteri.

Ketaasuban cinta Hani pada Hisyam tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya. Makin kuat Hisyam menolak, makin kuat dia menarik. Demi cinta, andai terkoban diri sekalipun dia sanggup.

Johan juga begitu. Dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia akan terus berusaha.

"Abang, hati Nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat orang tu. Nana harap abang mengerti."

Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang? Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta.

Andai kau tercipta untukku, kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun.~

Kalau korg nak tahu sama ader Nana dengan Hisyam berbalik semula? Korg kena lah baca novel nie....
Mmg best lah...kalau lah novel nie leh buat Drama ke Movie ker...mesti meletup punya lah....

k lah...sampai sini dulu yek...selamat membaca...
jumpa di lain hari k....
k...bye....

1 ulasan:

CHATTING CORNER